Sun Flower - Mario World

Pengiraan Darah Haid

>> Wednesday, December 22, 2010


Tempoh haid adalah antara 24jam (1hr 1mlm) hingga 360jam (15hr 15mlm). Jika kurang dari 24 jam maka ia bukan darah haid, begitu juga jika ia lebih dari 360 jam maka apa yang lebih dari itu tidak dianggap haid. Walaubagaimanapun biasanya haid akan berlaku dalam tempoh 6-7 hari.

Perkara tersebut tidak menjadi masalah bagi wanita yang teratur dan tersusun pusingan haidnya.

Tetapi jika darah haid telah keluar selama 7 hari, kemudian berhenti dan kering. Tiba-tiba darah haid keluar semula selepas 2 hari maka masalah ini dipanggil dalam kitab fiqh sebagai "addam almutaqattak" iaitu darah terputus-putus.

Dalam mazhab as-Syafie, ada dua cara dalam menyelesaikan masalah ini iaitu dengan cara "sahb" atau dengan cara "laqt". Sahb ialah selagimana darah keluar dalam tempoh 360jam / 15hr bermula dari hari pertama keluarnya darah haid maka ia tetap dikira darah haid. Jika telah bersolat atau berpuasa dengan sangkaan haid telah kering setelah 7hr maka solat tersebut tidak sah dan tidak perlu diulang, puasa juga tidak sah tetapi perlu diganti jika puasa wajib Ramadahn atau wajib disebabkan nazar.

Adapun cara laqi ialah menganggap waktu kering haid adalah tempoh suci dan boleh melakukan ibadat seperti biasa, jika darah haid kembali keluar dalam tempoh 15 hari maka kembali semula kepada hukum haid dan begitulah seterusnya. Memang kekadang dalam sebulan datang haid dua kali iaitu di awal bukan dan akhir bulan, jika tempoh suci tersebut cukup 15 hari 15 malam maka darah yang keluar di akhir bulan adalah darah haid.

Cara yang pertama adalah yang dianggap muktamad dalam Mazhab As-Syafie.

Adapun tempoh suci antara dua haid ialah sekurang-kurangnya 360jam (15hari) dan tiada had lama antara kedua haid tetapi kebiasaannya berlaku suci dalam tempoh 552-576jam (23 atau 24 hari).

Jika haid kedua datang sebelum 15hari suci maka darah tersebut ialah darah istihadah iaitu darah penyakit walaupun warnanya seperti darah haid. Sila rawat istihadah tersebut dengan cara modern atau dengan cara perubatan Islam seperti ruqyah dsb.

Read more...

  © Blogger templates Sunset by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP