^Dialog Ramadhan^
>> Sunday, August 7, 2011
Dulu maser kecik2..
Mak ngan abah cakap, “kakak kena puasa sebulan,kalau cukup sebulan, mak ngan abah kasi RM30..”
Then, abang plak menyakitkan hati, “Eh kakak,klau ko puasa tak cukup sebulan, ko mana boleh raya!”
Pastu, adik plak menambah, “kakak,kita puasa sama2 ek?nanti boleh raya sama2.”
Sekarang, bila dah agak tua skit..
30 Syaaban..
“bestnyer, esok dah 1 Ramadhan..Yeah,malam nih boleh la pegi Terawikh. Esok pagi nak bangun Tahajud. Then, terus sahur.. Pastu, tak nak tidur dah la..nak solat Subuh berjemaah.. after solat, nak ready pegi kuliah.. so, aku kena bermujahadah!”
..cecewah, biasa la.. time tu azam berkobar2..dalam hati, PAHALA PAHALA PAHALA..
Pertengahan Puasa..
“Aduh, letihnya..bila la nak abis sebulan nih..lambat betul la. Dah la badan letih, otak pun letih gak.. ye la, ari2 kena pikiaq nak makan apa waktu berbuka nanti..dah tu plak,kna Terawikh plak malam nih.. lepas Terawikh,ada tadarus plak.. ish2, depa ni tak reti letih ka? asyik buat program je.. dah la assignment bertimbun lagi tak buat.. alahai,bila nak raya nih..”
..Hmm, time nih dah start merungut dah.. dalam hati, NAK RAYA,NAK RAYA, NAK RAYA..
Dekat2 nak Raya..
“Yes..dah lama aku nantikan saat nih.. assignment dah kurang, kuliah pun dah banyak yang cancel. Boleh la pegi cari baju raya,kasut raya,kad raya..Pastu, kena booking tiket awal2..karang ada yang kena beraya kat kolej plak.. yeah yeah,balik kampung oh balik kampung..”
..tengok tu, dah bersemangat balik.. maklum la,nak balik raya..Rindu kat family..dalam hati waktu nih, RAYA, RAYA, RAYA..
Esok nak Raya!
“Yahoo..Merdeka! esok nak raya.. best betul! Japgi nak iron baju.. then, nak basuh pinggan.. curtain dah pasang tadi.. esok nak pegi umah kawan2. Horey!!! Gembira rasanya.. akhirnya dapat jugak aku puasa penuh tahun nih.. Alhamdulillah..”
..A’ah,Alahamdulillah..waktu nih dalam hati, MERDEKA!!
Lepas Raya..
“isk3, menyesalnyer aku.. Rasa rugi je Ramadhan tahun nih. Apa amalan aku ek?Hmm, aku ada solat Terwikh..tapi.. sometimes ada gak aku ponteng sebab letih.. aku ada gak tadarus,tapi.. bukan slalu.. depend on my mood je.. Hmm,apa lagi ek? Sedekah.. eh, ada ke? Qiyamullail..ish2,boleh kira dengan jari je.. Alamak, Lailatul Qadar..! lupa lak nak cari. Zakat? Fuh,nasib baik abah dah tolong keluarkan zakat.. Ya Allah, menyesalnyer aku.. amalan aku sikit je.. tapi, confirm ke Allah terima amalan aku yang sikit tu? Ruginyer.. hidup lagi ke aku tahun depan??”
Sahabatku, hari ini milikmu.. gunalah dengan sebaiknya.. ibarat kalam Imam as-Syafie.. “yang paling jauh bukannya bulan, bintang mahupun matahari.. tetapi adalah masa yang berlalu dan tak akan kembali.. kelmarin yang luput menjadi secangkir kenangan.. yang ada hanyalah hari ini dan akan datang.. gunakan hari ini dengan sebaik mungkin kerana esok belum tentu milik kita.. sedangkan semalam telah pergi buat selama2nya..”
Sahabatku, apakah beza dahulu dan sekarang? Terpulanglah pada niat kita..dulu maser kecik2..everyone puasa sebab nak duit..ada gak yang puasa sebab takut tak dapat nak raya.. tapi bila dah besar, niat kita dah jadi matang sikit.. everyone nak rebut Mardhatillah.. fitrah manusia,selalu lalai bila dibuai persekitaran.. sahabatku, refresh niat di permulaan amalan.. kita sering terfikir nak booking tiket bas awal2..tapi yang peliknya, jarang yang terfikir nak booking tiket untuk Syurga Allah.. fikirkan sahabatku, pilihlah 2 jalan dihadapanmu..menghargai Ramadhan dengan penuh penghayatan atau membiarkan ia berlalu tanpa sebarang perasaan..




2 pandangan:
Semoga warga Nisa' mendapat rahmat, keampuanan Allah SWT dan dibebaskan kelak dari api nerakaNya.
Agar dipenhujung Ramadhan kita beroleh Maqam Taqwa.
Amiin ya Rabb..Mudah2an Ramadhan kali ini lebih baik berbanding sebelumnya.Rahmat Allah yang kita harapkan,moga kita tidak lelah berusaha mengejarnya. ^_^
Post a Comment