Sun Flower - Mario World

Jom Cas Tenaga Cara Islam!

>> Tuesday, August 9, 2011





video


Kata orang,solat itu umpama satu sistem cas tenaga. Subhanallah, indah dan praktikalnya Islam. Sudahnya kita letih bekerja seharian, Allah sediakan pula ruang dan peluang kita cas kembali tenaga untuk kita kembali bekerja. Sekaligus, ia meningkatkan produktiviti kita. Maksudnya, dari sisi yang lain solat tidak pernah membebankan kita,bahkan ia menambahkan tenaga kita.

Begitu juga bila kita disyariatkan untuk solat berjemaah. Seorang profesor fizik dari Amerika pernah mengkaji tentang solat berjemaah dan bilangan rakaat dalam solat.
Menurut kajiannya, rupa-rupanya dalam tubuh kita ini terdiri daripada cas positif dan negatif. Cas-cas ini perlu seimbang untuk kita kekal segar. Tetapi bila kita seharian berhempas-pulas bekerja dan melakukan pelbagai aktiviti, cas-cas ini akan jadi tidak seimbang. Ketidakseimbangan ini yang menyebabkan kita sering letih dan lesu.


Solat Jemaah

Perasan tak? Ketika solat berjemaah, kita harus meluruskan dan merapatkan saf, bahu bersentuh bahu. Sebenarnya ada penjelasan dari sudut ilmiah bagi perbuatan itu. Bila kita bergeseran dengan ahli jemaah yang lain, cas yang berlebihan dalam tubuh kita akan berkurang. Begitu juga jika asalnya cas badan kita kurang, ia akan bertambah dengan cara menarik lebihan cas dari tubuh ahli jemaah yang lain. Difahamkan, semakin lama pergeseran berlaku, semakin seimbang cas dalam badan kita.

Bilangan rakaat dalam solat

Persoalan kedua, kenapa pula bilangan rakaat berbeza pada solat yang dilaksanakan? Tentunya ia tetap juga berkaitan dengan cas-cas dalam tubuh kita.

Subuh
Ketika kita bangun tidur setiap pagi, cas tubuh kita dalam keadaan yang hampir seimbang setelah melalui satu tempoh rehat yang panjang. Oleh itu, kita hanya memerlukan sedikit sahaja proses untuk mengimbangi cas-cas tersebut. Dari itu Allah hanya mensyariatkan solat subuh 2 rakaat sahaja.

Zohor
Fitrah hidup, Allah menjadikan siang untuk kita bekerja. Seperti yang dialami kita, otak dan tubuh kita kepenatan. Berfikir dengan cara berfikir, bekerja dengan cara bekerja. Jadi dengan kebijaksaan dan kasih sayang Allah, Dia titahkan kita solat zohor 4 rakaat. Sesuai dengan jumlah tenaga yang berkurangan.

Asar
Sebegitu solat zohor, kita banyak mengeluarkan tenaga pada ketika ini, kembali menyambung kerja yang masih bersisa. Jadi mendirikan 4 rakaat solat asar berupa satu proses mengecas kembali tenaga yang kurang.

Maghrib
Setelah menempuh kesibukan tugas, kita masih ada siang yang masih bersisa. Umumnya masa begini tidak banyak aktiviti, memandangkan jarak waktu asar dan maghrib juga tidak jauh. Lalu solat maghrib hanya menuntut kita rukuk dan sujud 3 rakaat sahaja. Almaklumlah, sememangnya kita banyak ‘relax’ pada masa begini. Jadi, cukuplah sekadar 3 rakaat untuk mengimbangi semula cas positif dan negatif.

Isyak
Agaknya, kenapa pula Allah mensyariatkan solat isyak 4 rakaat? Ikut logika, kita lebih santai di waktu malam, malah ada sesetengahnya hanya mengadap computer,melayari facebook dan sebagainya ^_^. Tentu tempoh pengecasan tak perlu lama sangat. Sudahkah kita lupa Allah menggalakkan kita tidur awal untuk bertahajud di sepertiga malam? Oh, rupa-rupanya 4 rakaat solat isyak itu adalah proses mengimbangi cas-cas supaya kita mudah bangun bertahajud keesokannya!

Konklusi: Indah dan istimewanya Islam! Punya sistem mengecas tenaga sendiri, bukan calang-calang agama. Dari itu, jangan sesekali pernah mengeluh tentang apa yang Allah syariatkan, kerana segalanya ada hikmah di sisi Allah. Perkara terpenting kenapa kita perlu berbangga bergelar muslim? Kerana Islam adalah satu-satunya agama yang Allah redhai! Terima kasih, Allah…

Footnote: Profesor fizik yang menjalankan kajian di atas telah menerima Islam sebagai agama pegangannya setelah memandang betapa lengkapnya Islam.Allahuakbar.

0 pandangan:

  © Blogger templates Sunset by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP