Sun Flower - Mario World

Bidadari Yang Ku Tunggu

>> Monday, January 30, 2012

Boleh pakai macam ni? Boleh ja nak pakai camna pun asal pakaian/tudung tu menutup aurat….paling penting…

  1. tak nipis dan selesa dipakai
  2. tak jarang sehingga boleh nampak dalam dari luar
  3. tak macam lelaki
  4. tak mengikut bentuk tubuh yang menggiurkan ‘kaum satu lagi’
…hehe…kan senang tu..

Boleh kan nak tampil segak? Nak nampak comey? Boleh ja..apa pulak tak boleh..’
"Sesungguhnya Allah itu Maha Indah dan Dia suka pada keindahan,’’ (Hadis Riwayat Muslim dalam Kitab al- Iman)
Maknanya nak make up – make up sikit boleh tak? Hemm...ada eye shadow dan blusher tu ek?..Boleh!!…dihadapan suami tercinta dan ahli keluarga. Cumaa…..Cuma apa? Pabila diluar (berjumpa lelaki bukan mahram) kita perlu bersederhana…..tidak berlebihan..memakai bedak compact dan lip ice pelembab bibir tidak berwarna saja pun masih dipanggil ‘MAKE UP’ kan?..Cuma ianya bersederhana..kalaw makan pun tak berlebihan sebab takut kesihatan terjejas,btul? tak berlebihan dalam beribadah sebab takut manusia tu akan bosan kerana sifat manusia tu cepat jemu, logik, kan?… (tapi..Allah tak jemu nak bagi pahala kat kita tau..)

Camana tuh? Leh terangkan lagi? Make up kita tu kita pastikan NIATnya untuk apa. Kita memakai make up sederhana tu bukan saje-saje untuk menarik perhatian ‘kaum satu lagi’ tetapi untuk kita tampil sebagai wanita muslimah yang kelihatan bertambah keyakinan diri, bersih (‘Bersih itu sebahagian daripada Iman’) dan kemas apabila berada di luar. Barulah orang suka kat kita, ditambah pula dengan akhlak ISLAM yang baik, lemah lembut dan memikat (memikat hati suami..ai ce ce)..

Nak pakai perfume wangi-wangi boleh?...leh ja…tader masalah…Cuma macam biasa, bersederhana,,,dan NIATnya untuk menghilangkan bau badan,…spray ala-ala sayang kt perfume mahal macam nak jimat tue..kan senang…Cuma adik-adik pastikan satu saja...bila pakai perfume tu, kita pastikan bila kita ni lalu kat ‘kaum lagi satu’ tue, depa tak leh bau perfume kita tu satu batu jauh dia…..’’hem hat ni bahaya..’’hat ni leh buat nafsu depa bergelora (ni bukan ngumpat tau...),sebab tu Nabi pesan…”wanita apabila mengenakan wangi-wangian, kemudian melintasi lelaki, maka wanita itu adalah penzina..(hadis riwayat Abu Daud dan Tirmizi)..maknanya hat ni, memang spray nak bagi abih ni,,kwang3x…

Tudung wajib kena labuh ka? Dalam surah aN-Nur ayat 31: …..Dan hendaklah mereka menutupkan kain kudung kedadanya…. (Ayat penuh dia ada kat bawah nae,..pizz)

“Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak dari padanya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain kudung kedadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau ayah suami mereka, atau putera-putera mereka, atau putera-putera suami mereka, atau saudara-saudara laki-laki mereka, atau putera-putera saudara lelaki mereka, atau putera-putera saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita islam, atau budak-budak yang mereka miliki, atau pelayan-pelayan laki-laki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita…”

Pasal pakaian jarang tu ader citer?..ce citer…
Telah berkata ‘Aisyah ; Asma’ binti Abu akar telah menemui Rasulullah s.a.w dengan memakai pakaian yang sangat nipis, lalu Nabi berpaling dan bersabda ‘Wahai Asma’, s’guhnya bila wanita itu telah baligh (sudah haid tidak boleh dilihat dirinya kecuali ini dan ini (sambil diisyaratkan kepada muka dan tapak tangan)……
Sebagai muslimah yang cinta Rasul s.a.w..together we follow..kita ikut jalan yang betul..ISLAM the WAY OF LIFE, insyaAllah tak rugi..I solute kat you allllzzzz….you alllzzz memang best...tatata...

3 pandangan:

Shakila Nur January 30, 2012 11:07 AM  

jom kiter cuba dulu. nak? jadi "Bidadari yg di Tunggu".perasan pun takper..janji.seronok..baru best..perempuan kan suka yang seronok2..hehe

Radieah Mohd Nor January 30, 2012 11:48 AM  

Dah try dah sekarang. Nak jadi macam dalam gambar tu pula. Hehehe

Anonymous January 30, 2012 3:42 PM  

jom3..kak shakila..hu3

  © Blogger templates Sunset by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP